Bangkitkan Potensi Keusahawanan Anda bersama Mamasab!
Adakah anda bersedia untuk mengawal masa depan kewangan anda dan memulakan perjalanan perniagaan yang menguntungkan?Jangan tunggu lagi! Mamasab, jenama terkemuka dalam industri bakeri menawarkan peluang perniagaan yang tiada tandingan.
Kejayaan Terbukti
Dengan pengalaman hampir satu dekad, Mamasab telah membantu ribuan usahawan di seluruh Malaysia dan Singapura mencapai kebebasan kewangan.
Produk Berkualiti & Premium
Produk kami dihasilkan dengan resepi asli tanpa menggunakan bahan pengawet, dibangunkan dengan rasa minat mendalam dan digabungkan dengan bahan premium yang dipercayai dan diyakini.
Sokongan Menyeluruh
Daripada latihan dan bimbingan peribadi sehinggalah kepada alat pemasaran moden, kami menyediakan semua yang anda perlukan untuk berjaya.
TOP RANK NETWORK
Nursyamimi Binti Ramli
RM 4,087,870.23
Beliau merupakan seorang ibu yang mempunyai 2 cahaya mata. Beliau bekerja di Petaling Jaya, Selangor dan menetap di Nilai, Negeri Sembilan. Beliau merupakan seorang pegawai bank dan sepanjang waktu bekerja, telefon bimbit perlu disimpan di dalam locker. Beliau hanya boleh menggunakan telefon bimbit ketika sebelum ke tempat kerja, waktu rehat dan selepas pulang dari kerja. Antara tanggungjawab dengan pekerjaan hakiki dan juga membuat perniagaan secara sambilan, beliau sangat bijak menguruskan masa beliau. Walaupun sukar untuk menggunakan telefon bimbit sepanjang masa, tetapi itu bukan penghalang untuk beliau membuat jualan 7 angka sebulan.
Walaupun permulaannya keuntungan berniaga bisnes makanan agak kecil, lama kelamaan hasil jualan beliau semakin bertambah dan keuntungan pun makin bertambah banyak. Beliau sangat terinspirasi dengan konsep bisnes zero modal, zero kos penyimpanan stok, dan zero kerisauan jangkaan pembaziran stok makanan yang tidak habis dijual daripada Puan Sabrina beliau dan orang yang ahli. Malah jualan beliau juga meningkat berdasarkan konsep servis yang berkualiti dan juga bimbingan bisnes daripada bisnes makanannya yang berjumlah RM 70 ribu dan juga simpanan emas. Matlamat beliau terkini beliau berhasrat untuk membeli kereta idaman beliau.
Alhamdulillah hasil berniaga dalam Mamasab bakery, beliau berjaya menabung dan menggunakan untuk membeli kereta untuk ibu bapa, menyimpan tunai ke dalam bank, membeli komputer riba untuk pelajaran anak beliau dan juga simpanan di dalam bank.
Siti Norsafurah Binti Ab Malek
RM3.05 JUTA
Siti Norsafurah Binti Ab Malek atau dikenali sebagai Dr. Saf merupakan seorang Penyeldik, PhD holder dalam bidang Electrochemistry, UiTM Shah Alam.
Beliau memilih bisnes sebagai peluang kerjaya kerana sangat percaya 9/10 rezeki datang daripada perniagaan dan percaya yang bisnes boleh bagi kebebasan masa dan kebebasan kewangan.
Selepas tamat PhD, beliau telah menyertai satu bisnes MLM iaitu menjual produk kesihatan tetapi bertahan selama 2 bulan sahaja disebabkan rasa terbeban dengan modal yang terpaksa dikeluarkan dan perlu menyimpan stok yang sangat banyak.
Dan akhirnya, beliau memilih untuk join bisnes Mamasab iaitu bisnes tanpa modal, selepas melihat bukti-bukti pencapaian sepupunya yang juga salah seorang Mamasab Warrior yang telah berjaya membuat simpanan 6 angka hasil dari bisnes Mamasab.
Syukur Alhamdulillah, kehidupan beliau banyak berubah bukan sahaja secara individual tetapi keluarga dan Team juga. Antara pencapaian bisnes adalah pernah mendapat income yang tertinggi sebanyak RM 50 Ribn sebulan, membeli kereta Proton X70, merenovas rumah 3 tingkat, memiliki emas yang banyak, menyimpan tunai ke dalam bank, bercuti 6 dan 7 tahun, dan juga dapat buat serviced sebuah Training Centre yang bernama Saf Expert.
Terima kasih yang tidak terhingga buat Founder Mamasab, Mama Sabrina di atas segala ilmu dan tunjuk ajar dalam menyediakan peluang kerjaya yang terbaik ini.
Nor Arifah Arifin
RM2.81 JUTA
Nor Arifah Arifin atau dikenali sebagai Ifa merupakan salah seorang bekas Engineer di salah sebuah syarikat GLC di Kuala Lumpur. Pada awalnya mula mendaftarkan diri sebagai Agent Mamasab selepas jatuh cinta dengan salah satu produk Mamasab. Namun, siapa sangka daripada minat tersebut bertukar kepada sebuah kerjaya. Ifa yang sebelum ini tidak pernah mempunyai pengalaman berbisnes, mula mengorak langkah untuk belajar melalui Founder dan Leader Mamasab secara percuma sahaja. Berbisnes sambil bekerja bukanlah menjadi penghalang untuk Ifa berjaya dalam Mamasab, malah gaji yang Ifa dapat dalam bisnes 8 kali ganda berbanding gaji ditempat kerja.
Pada Julai 2020, Ifa nekad untuk resign dari tempat kerja dan memilih untuk Full-time dalam bisnes Mamasab. Alhamdulillah, setelah berhenti kerja, Ifa lebih fokus dalam bisnes sehingga berjaya menjana pendapatan sebanyak RM 1 Juta setahun pada Disember 2020.
Syukur Alhamdulillah, kehidupan Ifa banyak berubah bukan sahaja secara individual, tetapi keluarga dan Team juga. Antara pencapaian tertinggi adalah pernah menjadi penerima anugerah beli emas yang sangat banyak setiap bulan, memiliki kereta idaman, memperbaiki kehidupan keluarga dan juga berjaya menyimpan tunai sebanyak RM 50 Ribu ke dalam bank. Meski Ifa baru sahaja 6 bulan resign, namun sudah mampu mencapai kejayaan tersebut.
Akhir kata Ifa sangat berterima kasih kepada Founder Mamasab, Mama Sabrina dan Mamasab Team yang banyak membantu sama-sama berjaya dalam Mamasab. Sudah tentu Ifa tidak akan capai kejayaan akan datang buat Team Eyafirin dan Mamasab Network!
Model Perniagaan Fleksibel
Bersama Mamasab, anda mempunyai kebebasan untuk bekerja mengikut kemampuan dan menyesuaikan perniagaan anda dengan gaya hidup sendiri.
Mulakan Perniagaan Anda dengan Keyakinan dan Sokongan
Mulakan perjalanan keusahawanan anda bersama Mamasab, di mana kejayaan anda menjadi keutamaan kami.
Platform komprehensif kami dilengkapi dengan panduan penting dan bimbingan harian untuk membantu anda melancarkan serta mengembangkan perniagaan dengan penuh keyakinan.
Sama ada anda ingin menambah pendapatan atau mengejar minat sepenuh masa, Mamasab menawarkan peluang fleksibel dan menguntungkan yang direka khusus untuk keperluan anda.
Sertai Mamasab hari ini dan ambil langkah pertama menuju kebebasan kewangan dan kepuasan diri.
Dengan rekod pencapaian yang kukuh dan komitmen berterusan terhadap kejayaan anda, anda boleh yakin bahawa Mamasab akan menyokong anda di setiap langkah perjalanan keusahawanan.
Kepuasan Anda, Keutamaan Kami
Di Mamasab, kami berdiri teguh di belakang kualiti dan kepuasan produk serta pelanggan kami.
Sebab itu kami menyediakan khidmat pelanggan bagi memastikan kepuasan dan kebahagiaan anda terjamin setiap kali anda membuat pembelian.
Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan mana-mana produk Mamasab, hubungi kami dan kami akan pastikan penyelesaian terbaik untuk anda.
Dengan komitmen sebagai pelengkap kebahagiaan anda, belilah dengan penuh keyakinan kerana kepuasan anda adalah keutamaan kami.
Mulakan Penjanaan Pendapatan Tambahan Anda Hari Ini!