BULETIN MAMASAB
WARTA INSPIRASI
EDISI FEBRUARI 2025
MAMA SABRINA TURUN PADANG JUMPA NETWORK
Sepanjang bulan Februari, pihak HQ dengan kerjasama Komander telah mengadakan sesi Meet & Greet Edisi Februari di beberapa lokasi iaitu Kelantan, Terengganu, Ipoh dan Melaka. Sesi ini turut disertasi oleh Pengasas Mamasab, Puan Siti Noor Sabrina dengan beberapa leader network lain yang turut sama memeriahkan program.
Program ini adalah program rutin bulanan yang dijalankan bagi memberi peluang kepada network untuk bertemu secara langsung dengan leader-leader kawasan dan terutamanya pengasas Mamasab, Puan Siti Noor Sabrina.
Menariknya, setiap lokasi menawarkan perbincangan dan topik yang berbeza mengikut mengikut kepada strategi peningkatan prestasi yang dibincangkan oleh para komander sebagai usaha untuk memberi sokongan kepada network yang terlibat.
PELANCARAN PRODUK BATH SET LAVISH STAR
Atas permintaan ramai, pihak syarikat kembali memperkenalkan produk penjagaan diri iaitu Bath Set dengan membawakan set ngan wangian terbaharu iaitu Lavish Star.
Jualan bagi produk bath set telah mendapat sambutan yang memberansangkan sejak diperkenalkan pada tahun 2023. Kewujudan produk ini ke dalam rangkaian produk Mamasab telah memberi lebih banyak peluang dan pilihan kepada network Mamasab untuk meningkatkan jualan mereka dan meluaskan lagi jaringan prospek mereka.
Bagi yang ingin mendapatkan produk ini boleh dapatkan dengan mana-mana ejen jualan Mamasab atau boleh membeli di cawangan dengan harga RM79.00
MAMASAB GRAND AWARDS 2024 - THE RISING STARS
21 Februari telah mencatatkan satu lagi sejarah manis buat Mamasab International Sdn. Bhd. dan seluruh network Mamasab apabila sebuah majlis tahunan yang dinanti-nantikan iaitu Mamasab Grand Awards telah berlangsung dengan jayanya di Bizmilla Grand Hall, Subang.
Majlis ini diadakan bagi meraikan para network yang telah mencapai prestasi yang membanggakan pada tahun 2024. Pelbagai anugerah telah dihadiahkan kepada network yang mencapai prestasi cemerlang iaitu kategori Rising Star Awards, Radiant Star Awards dan Supernova Award. Majlis ini juga turut meraikan seramai 15 orang penerima anugerah yang mencapai jualan berkumpulan melebihi RM1 Juta ke atas untuk jualan tahun 2024.
Seramai 300 orang jemputan telah menghadiri majlis ini dan rata-ratanya tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman meraikan kejayaan network yang lain serta dalam masa yang sama untuk menambah kenalan dan bertukar pendapat untuk mendapatkan sokongan dan pengetahuan.
PELANCARAN TRIP REWARD PERCUTIAN KE VIETNAM!
Memasuki musim perayaan Aidilfitri tahun 2025, pihak syarikat telah memutuskan untuk melancarkan cabaran baharu yang dikhususkan untuk Pemilik Mini Hub bagi merancakkan persediaan dan jualan raya. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kemeriahan raya turut dapat dirasakan di kalangan keluarga Mamasab dengan sambutan jualan kuih raya yang sangat memberansangkan.
Oleh itu, sebuah cabaran yang dinamakan sebagai The Bulk Bonanza telah dilancarkan dengan syarat kelayakannya iaitu penjualan minima sebanyak 1,500 balang kuih raya dan 500 kotak gift set untuk jualan sepanjang bulan Februari sehingga April 2025.
Bagi peserta yang melepasi tahap kelayakan yang ditetapkan, peserta akan diterbangkan ke Da Nang, Vietnam yang dijadualkan pada hujung tahun ini.