Tentang kami
Mamasab International Sdn. Bhd (dahulunya dikenali sebagai Sabrina Bakery) merupakan sebuah syarikat bumiputera yang menjual produk bakeri, manisan dan biskut, dengan menggunakan sistem ejen.
Melewati 10 tahun dalam industri, Mamasab kini sudah memiliki 6 buah kilang utama dan 200 mini cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Singapura.
Mamasab diasaskan oleh Puan Siti Noor Sabrina Soobri atau lebih dikenali sebagai Mama Sabrina. Sedikit latar belakang tentang pengasas, Mama Sabrina pada dahulunya merupakan seorang Radiographer di sebuah hospital kerajaan. Pada tahun 2015, Mama Sabrina mula menjalankan perniagaan bakeri ini secara sampingan dan hanya memperoleh tempahan dari kenalan-kenalan di tempat beliau bekerja. Selain itu, beliau tetap bekerja sepenuh masa di Hospital PPUM sebagai Radiographer selama 10 tahun sebelum membuat keputusan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaannya yang mula berkembang.
Demi mengembangkan perniagaan Mamasab, Puan Sabrina dan suami yang merupakan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Mamasab telah menghadiri pelbagai kelas pengurusan perniagaan untuk membawa Mamasab ke peringkat yang lebih tinggi.
Hasil dari usaha menuntut ilmu dan mendapatkan nasihat dari yang pakar, Mamasab telah membuka cawangan yang pertama pada tahun 2017 di Petaling Jaya, diikuti dengan Cyberjaya dan Shah Alam.
Bisnes Mamasab merupakan bisnes yang berkonsepkan saling membantu antara satu sama lain dalam pembentukan sama ada dari sudut kemahiran perniagaan, kemahiran kepimpinan serta kemahiran pengurusan diri dan kekeluargaan.
Kini, Mamasab terus pandang kedepan dan berusaha untuk kekal relevan dan cemerlang dalam industri bakeri, selari dengan visi dan misi yang membentukan perniagaan dan ekosistem yang lebih berkesan serta memberi impak kepada seluruh masyarakat, negara dan dunia.
Visi & misi
MISI
- Menjadi sebuah organisasi yang mewujudkan platform perniagaan yang lebih sistematik dan teratur.
- Menjadi perintis usahawan (networking) melalui sistem sokongan yang berterusan dan tanpa modal secara holistic dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan untuk semua lapisan masyarakat.
- Mamasab berjuang menginspirasi masyarakat untuk menaikkan taraf hidup dalam mewujudkan legasi yang unggul.
VISI
Organisasi utama yang membangunkan ekonomi dan insaniah ke arah melahirkan generasi unggul.
NILAI
“Love, Respect ,Togetherness, Innovation & Responsibility.”
Visi & misi
MISI
- Menjadi sebuah organisasi yang mewujutkan platform perniagaan yang lebih sistematik dan teratur.
- Menjadi perintis usahawan (networking) melalui sistem sokongan yang berterusan dan tanpa modal secara holistic dengan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan untuk semua lapisan masyarakat.
- Mamasab berjuang menginspirasi masyarakat untuk menaikkan taraf hidup dalam mewujudkan legasi yang unggul.
VISI
Organisasi utama yang membangunkan ekonomi dan insaniah ke arah melahirkan generasi unggul.
NILAI
“Love, Respect ,Togetherness, Innovation & Responsibility.”
Profil syarikat
MAMASAB FROZEN SDN. BHD. (1367289-D)
MAMASAB INTERNATIONAL SDN. BHD. (1217595-W)
MAMASAB COSMETICS SDN. BHD. (1343803-D)
Profil syarikat
MAMASAB FROZEN SDN. BHD. (1367289-D)
MAMASAB INTERNATIONAL SDN. BHD. (1217595-W)
MAMASAB COSMETICS SDN. BHD. (1343803-D)
Jualan & Outlet Pertubuhan Syarikat (2018-2025)
Kekuatan kami terletak pada inovasi produk dan kepelbagaian pilihan kek yang memenuhi cita rasa pelanggan. Kami juga memberi fokus kepada pengukuhan operasi melalui Central Kitchen, serta pemaksimuman jualan bagi mencapai pertumbuhan pendapatan yang lebih tinggi. Kami juga ingin menyasarkan jualan sebanyak RM 100 juta dalam pendapatan menjelang akhir tahun 2030.