Mamasab

BULETIN MAMASAB

WARTA INSPIRASI

EDISI JANUARI 2025

TERIMA KASIH 2024!

1 Januari – Tahun 2024 telah melabuhkan tirai dengan meninggalkan pelbagai kenangan berharga dan bermakna buat seluruh keluarga Mamasab. Alhamdulillah, tahun 2024 telah melakar pelbagai pencapaian secara keseluruhan mahupun pencapaian peribadi dalam setiap usahawan Mamasab yang juga merupakan keluarga Mamasab, terutamanya buat pengasas kami, Puan Siti Noor Sabrina.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja dan usahawan Mamasab atas pencapaian luar biasa yang direkodkan sepanjang 8 tahun beroperasi dimana Mamasab International Sdn. Bhd. mencatatkan rekod jualan terkumpul sebanyak RM501 Juta.

Pencapaian ini tidak mungkin dapat dikecapi tanpa sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh usahawan Mamasab dan juga para pelanggan kami. Kami berazam untuk terus memberikan yang terbaik dan mencipta kejayaan yang lebih besar, selari dengan cogan kata #MamasabBangkitHebat

RASA RAYA MAMASAB - PELANCARAN KUIH RAYA 2025

20 Januari – Mamasab telah melancarkan rangkaian produk kuih raya edisi 2025 dengan 8 jenis pilihan kuih yang pastinya menjadi kegemaran ramai. Lebih istimewa, Mamasab mengambil langkah berani dan produktif untuk menghasilkan sendiri hampir semua jenis kuih raya dengan kerjasama dari 12 kilang utama Mamasab di serata negeri.

Pilihan kuih raya tahun ini menggabungkan variasi rasa tradisional dan moden dengan menampilkan Tart Nenas Emperor, Tart Nenas Sultanah, Royal Almond London, Pistachio Almond London, Golden Almond Rocher, Almond Blackout Luxe, Ruby Velvet Choco dan Popia Udang Crispy.

Tidak hanya dengan itu, Mamasab juga menampilkan buah tangan terbaru untuk pilihan hadiah raya dengan pelancaran Gift Set Koleksi Dahlia dan Gift Set Koleksi Cempaka. Tidak dilupakan produk Kurma Ajwa yang mendapat sambutan hangat dari kalangan pelanggan Mamasab acap kali tiba bulan Ramadan.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk ini boleh mula dapatkan di mana-mana cawangan utama mahupun mini hub atau juga boleh hubungi mana-mana ejen jualan Mamasab.

MEET & GREET 4 JAJAHAN

Sepanjang Januari, Mamasab telah mengadakan program Meet & Greet bersama Founder yang diadakan di 4 lokasi berbeza iaitu Kedah, Melaka, Johor dan di Kuala Lumpur. Program ini adalah program rutin bulanan yang dijalankan bagi memberi peluang kepada network untuk bertemu secara langsung dengan leader-leader kawasan dan terutamanya pengasas Mamasab, Puan Siti Noor Sabrina.

PELANCARAN TRIP REWARD JELAJAH 6 NEGARA

4 Januari – Mamasab telah melancarkan sebuah cabaran yang dinamakan Break Record Stars yang mana pemenang cabaran ini akan menerima ganjaran trip pelancongan ke 6 buah negara di Eropah pada tahun 2026. 

Cabaran ini terbuka kepada kategori berkelayakan Master Stockist dan Stockist yang melepasi kriteria kelayakan yang telah ditetapkan, iaitu bagi Master Stockist yang berjaya melepasi jualan sebanyak RM1 Juta ke atas pada tahun 2024 dan Stockist yang berjaya melepasi jualan sebanyak RM300K ke atas pada tahun 2024.

Seiring dengan matlamat syarikat yang ingin terus memastikan pencapaian cemerlang dengan melahirkan usahawan yang berkualiti, cabaran ini diharapkan dapat membina semangat juang dan fokus yang tinggi dari kalangan peserta untuk memberikan prestasi yang terbaik.

PELANCARAN TRIP REWARD PAKEJ UMRAH

8 Januari – Pihak syarikat telah mengumumkan pelancaran cabaran yang kedua buat seluruh network Mamasab iaitu The Gladiator Trip Reward. Cabaran ini memfokuskan jualan peribadi terkumpul iaitu melebihi RM200K untuk jualan sepanjang tahun 2025, dengan ganjaran yang menawarkan tajaan pakej Umrah untuk tahun 2026. 

Cabaran ini diadakan bagi menggalakkan penyertaan para network untuk mengutamakan jualan peribadi dalam platform Mamasab untuk memupuk kekuatan dan kemahiran jualan masing-masing, serta dalam masa yang sama untuk mendapatkan keuntungan jualan runcit yang lebih tinggi.

WHOLE CAKE BERSAIZ BARU!

6 Januari – Selepas melancarkan siri Whole Cake bersaiz 9 inci pada tahun lepas, Mamasab kini menawarkan pilihan terbaru kepada para pelanggan iaitu dengan pelancaran kek bulat bersaiz 7 inci dengan harga yang lebih berpatutan.

Memahami keperluan dan permintaan pelanggan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, Mamasab mengambil keputusan untuk memberi peluang kepada lebih ramai golongan pelanggan untuk menikmati kek bulat yang dikeluarkan dengan harga serendah RM99.

Kek ini didatangkan dengan 6 pilihan perisa (sama seperti kek saiz 9 inci) iaitu Crazy Rich Chocolate, Choc Madness, Red Velvety, Biscoff Chocolaty, Victoria Sandwich dan Peanut Butter Chocolate. 

MAMASAB BAWA NETWORK KE DUBAI DAN ABU DHABI

Setelah melancarkan cabaran untuk menduduki pencapaian sebagai Master Stockist sebanyak 6 kali dan ke atas sepanjang tahun 2024, pihak Mamasab dengan rasminya meraikan seramai 13 orang peserta yang mengesahkan kedudukan untuk diterbangkan ke Dubai dan Abu Dhabi.

Percutian selama 6 hari 5 malam ini turut disertai oleh Pengasas Mamasab International Sdn. Bhd. iaitu Puan Siti Noor Sabrina yang turut meraikan kejayaan para pemenang. Percutian yang telah dijadualkan pada 22 – 27 Januari 2025 yang lepas telah menerbangkan Aimi Ahmad Razman, Ernie Uzliana Mohamed Yatim, Fatin Fatihah Mohd Ashua, Feayu Rina Johari, Hariyana Hairon, Nor Arifah Arifin, Nor Azura Che Hamid, Nor Zawani Zulkapli, Nursyamimi Ramli, Rahimah Kadir, Raja Fatin Ajjrina Raja Kamarulbahrin, Saliza Ramly dan Siti Norsafurah Ab Malek.

Percutian ini merupakan salah satu ganjaran yang ditawarkan oleh pihak syarikat kepada para ejen untuk meraikan kejayaan mereka yang menunjukkan prestasi cemerlang serta untuk menghargai komitmen yang diberikan dalam platform ini.

MAMASAB RAIKAN STAFF DI BALI!

Mamasab melangkah masuk ke tahun baru dengan meraikan seramai 20 orang staff dengan percutian ke Bali, Indonesia. Percutian selama 4 hari 3 malam itu turut disertai oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi, Puan Siti Noor Sabrina dan Tuan Rizal Saim, bersama dengan pekerja Mamasab di peringkat pengurus dan pentadbiran.

Percutian ini merupakan trip tahunan yang ditawarkan oleh pihak syarikat sebagai salah satu bentuk “healing & recharge” serta peluang untuk semua pengurus bersemuka dan membincangkan isu-isu berbangkit untuk mencapai kata sepakat.

JAWATAN YANG INGIN DIPOHON

Sila isi maklumat di bawah untuk memohon jawatan ini. Kami akan hubungi anda jika layak.